1.1 Investing

Tentang kami

Kami bantu pelabur kuasai ilmu dan alat dalam melabur long-term

1.1 Investing adalah sebuah startup di Malaysia yang diasaskan pada 2023 dengan cita-cita tinggi untuk naik taraf kefahaman rakyat Malaysia dalam melabur di pasaran saham.

Pelaburan boleh jadi susah. Terutamanya bagi kebanyakan kita yang tidak dikurniakan dengan kefahaman dan skil melabur wang yang betul. Kekurangan  ini menghadkan kemampuan kita untuk membina harta merentas generasi melalui pasaran saham.

Tetapi kami di 1.1 Investing percaya bahawa jurang kefahaman ini boleh dirapatkan khususnya dalam dikalangan pelabur runcit. Ini kerana wujudnya ketidakcekapan besar dalam cara ilmu pelaburan diajar mengenai pasaran saham. Dan kami tekad untuk memulakan perubahan ini, bermula dengan komuniti pelabur tempatan.

Walaupun belajar melabur susah, tapi ia bukan ilmu eksklusif yang tidak boleh diajar.

Kepada semua ahli komuniti 1.1 Investing, ini janji kami kepada anda. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan anda menjadi pelabur yang bijak dan cermat, tidak menjadi seorang speculator, dan melengkapkan anda dengan ilmu pelaburan yang betul sehingga anda mampu membuat keputusan pelaburan yang bernas sepanjang hayat.

Follow perjalanan kami di sini!