1.1 Investing

$GREATEC shining bright like the Sun?

Saban hari iklim dunia makin panas.

Bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan El Nino kerap melanda dek suhu terus meningkat. Penyebab utama – pelepasan green house gas (GHG) dan karbon tinggi. Jika tidak dikawal, keadaan dunia akan lebih parah untuk anak cucu kita.

Musuh utama? Tenaga “kotor” yang dijana dari pembakaran arang dan fosil fuel.

Kerana itu sejak sedekad dua lalu, seluruh dunia giat menyediakan alternatif tenaga lebih “bersih” dan mesra alam. Maka lahirlah industri renewable energy yang hasilkan tenaga dari pancaran matahari, angin, hidro dan biogas.

Di sinilah Greatech Technology ambil tempat untuk bina bisnes profitable, menunggang arus perdana peralihan dunia besar-besarab kepada tenaga solar.

Solar Renewable Energy to Fuel Greatech As It Seeks New Blue Ocean Product  - InvestPenang
  • Nama: Greatech Technology Berhad
  • Kod Saham: 0208
  • Sektor: Teknologi
  • Subsektor: Technology Equipment
  • Listing: Bursa Main Market
  • Market Cap: RM5.88 bil

1. Bisnes Model Greatech Technology

Greatech menjual equipment automasi kepada kilang-kilang bagi “menambah baik” proses pembuatan produk-produk mereka. Solusi yang di offer:

  • Tingkat kapasiti pembuatan
  • Kurangkan Human Errors
  • Kurangkan kebergantungan pada tenaga manusia
  • Rekod data bagi tujuan penambahbaikan
Work Automate GIF by Mic

Kepakaran Greatech terletak pada penyediaan equipment automasi untuk penghasilan solar panel, bateri kereta EV dan peranti perubatan.

Equipment automasi yang dijual Greatech untuk menghasilkan Solar Panel

Disamping itu, Greatech juga sediakan khidmat servis dan part replacements yang menjadi sumber recurring revenue selain daripada jualan equipment automasi.

Pecahan revenue mengikut produk bagi tahun 2022

Dari sudut pelanggan, majoriti jualan equipment adalah kepada kilang pembuat solar panel (76%), diikuti dengan E-Mobility (15%)peranti perubatan dan semikonduktor.

Pelanggan utama – First Solar merupakan syarikat solar ke-4 terbesar di dunia menurut market cap. Hubungan Greatech dan First Solar mula sejak 2012 lagi dan Greatech banyak peroleh jualan daripada capital expenditure berterusan First Solar sehingga sekarang.

Antara notable customers Greatech yang lain:

  • SolarCity (Acquired by Tesla 2015 dan jadi Tesla Energy)
  • HP Malaysia
  • Lordstown Motors – EV truck startup (dah bankrupt 2023)
  • Panasonic Japan

2. Prestasi Greatech Technology

Sejak 2015, revenue Greatech naik lipat kali ganda dari RM21.4 mil kepada RM546 mil pada 2022, bersamaan pertumbuhan 59% setiap tahun.

Manakala catatan net profit naik dari RM5.6 mil kepada RM132 mil pada 2022, pertumbuhan 57% setiap tahun.

Kenaikan mendadak ini dipandu jualan equipment automasi kepada First Solar yang banyak buka kilang baru dan naik taraf production lines untuk hasilkan solar panel siri baru (Series 6, Series 6 plus dan Series 7).

Series 6 Family | First Solar
First Solar Series 6 Solar Panels

Dari sudut profitability, sejak IPO pada 2018, gross margin berkembang baik, malah naik sekali ganda pada 2021 sampai cecah 42-43% sebelum turun ke paras 30% pada 2022.

Bagi syarikat yang jual equipment automasi, margin ini dikira tinggi vs syarikat-syarikat lain terutamanya di luar negara (5-10%), sebab kos utama ie kos pekerja engineer masih rendah di Malaysia vs negara lain.

Penurunan margin pada 2022 pula kerana:

  • Naiknya kos material dan komponen,
  • Caj subkontrak tambahan untuk siapkan projek ikut masa, dan
  • Bayar compensation pekerja yang lebih ramai, selari dengan expansion Greatech.

Dalam jangka panjang, Greatech sasar net margin stabil pada paras 20%.

Dari sudut cashflows generation, syarikat berjaya catat operating cashflow positif selama 8 tahun berturut-turut dan berkembang. Ini membolehkan Greatech labur semula cash ke dalam syarikat tanpa bergantung pada pinjaman bank.

Free cash flows kekal positif walaupun berkurang sejak 2020 kerana pelan capital expenditure yang berjalan untuk tambah 4 kilang mega pembuatan baru di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Expansion Plan Greatech at Batu Kawan

Sepertimana kebanyakan syarikat teknologi lain di Bursa Malaysia, Greatech ada kekuatan balance sheet yang besar dan kuat.

  • Net cash sejak 2017 (2022: RM230 mil)
  • Interest coverage ratio 174x
  • Liquidity ratio tinggi: Current asset boleh cover current liability 2 kali
Kadar leverage sangat rendah pada 0.03

3. Team Pengurusan Greatech Technology

Greatech diketuai oleh 2 co-founders sejak penubuhan sampailah sekarang.

Dato’ Tan EK (left) and Khor Lean Heng (right)

Tan EK adalah Group CEO dan executive director, juga founding shareholders Greatech sejak 1997. Latar belakang dari keluarga susah. Ayahnya pemandu teksi dan meninggal ketika dia berumur 13 tahun.

Dengan cabaran untuk besarkan adik-beradiknya yang lain, dia bekerja part-time di kedai bakery lepas habis sekolah untuk ringankan beban keluarga. Peroleh sijil dalam bidang Mechanical Engineering dari Politeknik di Kedah, dia kini orang ke 25 terkaya di Malaysia dalam list Forbes Malaysia’s Richest Net Worth.

Khor pula telah bersama Tan EK bina Greatech selama 28 tahun dan kini merupakan COO syarikat. Latar belakang pendidikan agak modest, dengan hanya berbekalkan sijil SPM Vokasional dari SMV Lorong Batu Lanchang, Penang.

Kedua-dua mereka berjaya pacu Greatech sehingga jadi syarikat RM5bil di Malaysia dan ada cawangan di merata dunia (US, India, Filipina etc). Big achievement with humble backgrounds.

Setakat 2022, Tan EK merupakan shareholder terbesar Greatech dengan pegangan sebanyak 61.29% melalui syarikit persendiriannya, GTECH Holdings Sdn Bhd.

Senarai pemegang saham dikalangan director Greatech setakat March 2023

4. Masa Depan Greatech Technology

Dari sudut prospek bisnes, Greatech berada dalam industri high growth yang sangat mendapat perhatian terutama dari government negara-negara maju. Dengan komitmen Net Zero Paris, banyak negara-negara besar umum inisiatif mega untuk perhebat penjanaan renewable energy termasuk solar.

Terbaru, Presiden Biden umumkan Inflation Reduction Act (IRA) pada tahun lepas yang mengandungi insentif besar untuk tingkat penghasilan tenaga solar di USA.

Sumber dari Solar Energy Industry Association

IRA dijangka akan bawa masuk investment yang banyak di USA, iaitu market utama Greatech.

Jika Greatech mampu tingkat kapasiti penghasilan equipment automasi untuk match demand yang bakal hadir di USA, masa depan Greatech dilihat sangat cerah.

Walau apa-apa pun, Greatech tetap terdedah dengan beberapa risiko:

  • Single customer concentration – Perlu diversfy customer base
  • Technology obsolete – Perlu spend meaningfully in R&D to stay ahead of curve
  • Lack of high-skilled engineers – Perlu ada attractive salary package
  • High competition – Perlu differentiate niche dan offerings

Jika tak berhati-hati, kemungkinan Greatech tak dapat tunggang pun peluang pertumbuhan besar di US, ataupun di mana-mana tempat lain.

5. Should you buy?

Greatech certainly bawa proposition yang menarik untuk pelabur-pelabur mempunyai exposure dalam green energy dan potentially dalam EV jika mereka berjaya make it big dalam sektor E-Mobility.

Sejak IPO (61 sen) harga saham syarikat sudah melonjak hampir 1000% kepada RM4.50. Pada P/E 43.33, harganya agak premium berbanding kaunter teknologi lain dalam Bursa Malaysia.

Tapi bagi saya, P/E ada limitation dari sudut menilai value sebenar atau intrinsic value Greatech terutamanya syarikat ini dalam kategori high growth. Saya lebih gemar gunakan Discounting Cash Flow (DCF) model untuk estimate intrinsic value Greatech.

Discounted Cash Flow Analysis—Your Complete Guide with Examples - Valutico
Teknik asas DFC

Memandangkan artikel ini bukan tujuannya untuk buat buy or sell calls, jadi saya tak akan kongsikan lebih mendalam tentang intrinsic value Greatech. Tapi saya syorkan supaya syarikat ini dimasukkan dalam watchlist anda untuk penilaian lebih mendalam.

Sampai sini sahaja kuapasan tentang Greatech buat masa ni.