1.1 Investing

Are You A Trader or Investor?

Saya yakin yang 99.9% orang mula terlibat dengan saham sebagai seorang trader.

Kenapa?

Sebab tertarik dengan konsep:-

Buat duit banyak dalam masa singkat.

Human nature.

Tengok price chart sikit, agak-agak dia nak naik, tekan beli dan jual dekat phone. Trade. Dapatlah 5-6% profit dalam sehari. Kalau modal besar dapat untung besar. Kalau modal kecil dapat untung kecil, tapi kalau buat hari-hari, akan jadi besar. Lepas ni dah tak payah kerja, jadi full time trader sara anak bini dengan saham.

Macam biasa dengar kan jalan cerita ni?

Terutama masa Covid melanda bila pasaran saham jadi rancak berdosa. Ada juga beberapa kawan yang berhenti kerja stabil (government) sebab nak jadi full time trader.

The Realities of Being a Full Time Trader

Bila air dah surut, ombak dah tenang, yang rancak jadi lemau, maka rugilah memanjang. Bila kehabisan modal, mula fikir untuk give up dan kembali cari mana-mana kerja available dalam ekonomi tak menentu.

Ada yang dapat, ada yang tak. Akhirnya sesal tak kesudah, dan mula menyalahkan saham; scam, penipu, buang duit dan sebagainya.

Bagi yang baca kisah ni, agaknya di mana silap kawan ni?

  • FOMO ke? Fear of missing out. Tengok orang lain buat untung banyak, dia pun nak join cepat-cepat takut terlepas train?
  • Tak ada knowledge? Jual beli saham ikut rasa hati, follow sifu. Trade beberapa kali dan berjaya, terus rasa dunia aku punya. Beginners luck?
  • Tak konsisten? Macam mana nak konsisten kalau hari-hari rugi duit?

Sebenarnya kesilapan berlaku bila seseorang trade atau melabur tapi:

Tak faham Rule of The Jungle pasaran saham.

The Rule Of The Jungle

Bila masuk jungle, katakan untuk memburu, tak kisahlah nak buru apa sekalipun, kena hormati rule of jungle. Contohnya jangan cabar Raja Rimba, jangan masuk hutan seorang diri, jangan suka hati melibas parang nak buat jalan, faham ada risiko tak akan keluar dengan selamat, etc.

Hormat Rule of The Jungle dan high chance anda akan survive. Begitu juga dalam pasaran saham. Hormat Rule of the Stock Market and you have higher chance of making profit consistently.

Gagal faham rule ni akan menyebabkan kita, tanpa sedar, buat banyak tindakan yang melulu, bodoh dan mengambil risiko berlebihan yang membinasakan diri. Lebih teruk, menyalahkan “jungle” kenapa tak bagi profit pada anda.

Sedarkan diri dan pastikan anda maklum dengan rule of the jungle!

Untuk pasaran saham, secara general rule-nya adalah:

  • The more risk you take, the higher the profit and loss could be, so know your risk well.
  • There will be good times and bad times and you will face both of them
  • No such thing as free lunch, put work to earn money

Tak ada apa dalam rule ini yang mengatakan sebagai trader, anda tak boleh buat keuntungan konsisten. Anda boleh selagi mana jaga rule-rule ini.

Tapi anda di sini bukan nak tahu rule of jungle, tapi nak tahu sama ada nak jadi investor atau trader.

Bear with me. Saya bentangkan dulu kefahaman ni sebab nak betulkan expectation orang ramai terhadap saham. Sebab betapa ramainya yang terus lompat dalam saham tanpa ada usaha nak faham rule paling general sekali.

Ada Banyak Cara Buat Untung

Having said that, tak ada dalam rule ini yang kata hanya ada satu sahaja cara untuk buat keuntungan dalam saham. Malah ada bermacam-macam cara.

There is more than one way to skin a cat.

Yang claim cara dia lah yang terpaling betul maksudntya dia tak faham lagi rule of the jungle.

Seperti memburu, setiap pemburu ada alat dan cara berbeza untuk memburu, haiwan pemburuan berbeza, walau sama pun, mungkin ada banyak kaedah untuk buru, etc. Yang bahaya adalah masuk hutan untuk memburu, tapi tak tahu nak buru apa, dan bawa alatan random, buru ikut nasib dan sebagainya.

Ini sama dengan masuk pasaran saham, tapi tak tahu nak target apa dan guna strategi yang random. Yang penting profit. Alahai…

Hunting Hides Cartoons and Comics - funny pictures from CartoonStock

Bila kita sedar ada banyak kaedah dan cara nak profit dari pasaran saham, soalan yang seterusnya adalah:

apa cara yang paling sesuai dengan kita?

Di sinilah datangnya mazhab investor atau mazhab trader. Kedua-duanya guna cara dan tools berbeza untuk generate profit. Yang investor pakai fundamental analysis, yang trader pakai technical analysis. Tapi pernah tak tanya apa asas atau observation mereka pada market yang menyebabkan terlahirnya dua cara yang seperti hitam dan putih ini?

Let’s look deeper.

Asas Kefahaman Investor dan Trader

Pertamanya, kedua-dua mazhab percaya yang market akan buat silap dalam menentukan harga saham. Sebab adakala market rasional, adakala tak rasional. Investor dan trader boleh buat untung lebih dari market dengan mengambil kesempatan terhadap ketidak rasionalan market dan kesilapannya.

Ini fahaman yang sangat penting.

Sebab kalau anda yakin yang market tak boleh buat silap dalam menentukan harga saham, maka tak ada peluang untuk trader atau investor raih keuntungan lebih tinggi dari market. Tak ada ruang untuk take advantage. Dan inilah argument passive investor untuk back-up strategi mereka.

No point looking for above market return because market do not make mistake. The only rational thing to do is to just buy the whole market.

Perkara ini dipanggil Efficient Market Hypothesis. Saya ada tulis sebuah artikel mengenai hipotesis ni dan kenapa saya hanya percaya 90% sahaja, jadi bolehlah baca disini.

Pokok pangkalnya saya percaya market buat silap, kerana:

  • Market tak sentiasa rasional, adakala dipandu emosi dan biases, terutama waktu krisis
  • Information tak selalu available pada semua orang.

Dan kesilapan ini akan dibetulkan market sendiri jika diberi masa.

Jadi bagaimana anda nak take advantage of market mistakes ni? Jawapannya:

  1. Jika anda pandai kenal pasti miss valuation saham berbanding harga di market – go for fundamental analysis.
  2. Jika anda pandai membaca psikologi dan mood market – go for technical analysis.

Do which one you are good at.

Definisi Fundamental dan Technical Analysis

Fundamental analysis (FA) adalah percubaan untuk estimate nilai intrinsik sebuah saham bergantung pada fundamental bisnes, penjanaan cash flows dan prospek masa hadapan. Antara skill yang krtitkal untuk FA adalah:

  • Kefahaman yang tinggi tentang ilmu bisnes
  • Ada insight yang mendalam mengenai prospek masa depan industri
  • Kemahiran accounting and financial analysis
  • Menguasai ilmu financial modelling seperti Discounted Cashflow Modelling atau Relative valuation untuk nilai sebuah saham
Why you should sell value, not price - Credit for Comfort

Manakala technical analysis (TA) pula cuba menjangka pergerakan harga berdasarkan trend harga sebelumnya dan juga volume. Teknik ni tak kisah pasal valuation selagi mana berdasarkan kajian technical, ada high chance orang lain akan beli pada harga lebih tinggi. Greater fools theory. Antara skill yang kritikal untuk TA adalah:

  • Kemahiran timing the market i.e. masuk dan keluar berdasarkan signal dari price dan volume
  • Pandai menunggang momentum dan market mood
  • Ada ilmu untuk detect perubahan mood atau shift in mood. Crowd reading
  • Selesa dengan kajian price charts dan technical indicators
Pros and Cons of Using the Greater Fool Theory | iTech Post

Pros dan Cons setiap teknik

Selain dari skill yang anda perlu ada untuk kuasai FA atau TA, ada juga pros dan cons bagi setiap teknik ni.

Bagi pengamal FA:

  • Hasil mungkin datang lambat sebab nature FA adalah long term
  • Kena sentiasa buat homework: Analisa syarikat setiap kali ada info baru yang datang
  • Tak perlu trade selalu – jimat trading fee dan lebih banyak freedom
  • Kurang intensif

Bagi pengamal TA:

  • Hasil boleh datang cepat dan lambat sebab tak terikat dengan nature long term
  • Kene sentiasa buat homework: Analisa price chart dan momentum
  • Kerap trade – makan banyak trading fee dan perlu cakna pergerakan harga selalu
  • Lebih pendek time horizon lebih intensif
Investing vs Trading

Performance siapa lebih hebat? FA atau TA?

Dah terlalu banyak kajian yang dibuat mengenai siapa yang perform better historically. Dan perbalahan ni menjadi debat yang sangat hangat berkurun-kurun lamanya. Setiap teknik ada penyokong kuat nya dan argumen masing-masing. Cukup saya simpulkan di sini, kedua-dua teknik ada wira masing-masing dan mereka telah buktikan dengan performance mereka. Cukup saya nyatakan di bawah ini siapa mereka:

Investor (FA)

  • Warren Buffet
  • Charlie Munger
  • Peter Lynch
  • Terry Smith
  • Nick Sleep

Trader (TA)

  • Jesse Livermore
  • William Delbert Gann
  • Jim Rogers
  • George Soros
  • Paul Tudor Jones

Konklusi

Kalau boleh saya simpulkan, dalam pasaran saham, jika anda nak mula dan mendalaminya secara serius, eloklah kenal pasti dulu cara dan teknik yang sesuai dengan diri dan keadaan masing-masing. Setiap orang ada situasi kewangan dan peribadi yang unik. Apa yang berkesan dan bagus untuk orang lain tak semestinya berkesan untuk anda. Jangan mudah tertipu dengan screenshot orang lain yang tunjuk profit memanjang. Bila loss tak tunjuk pula kan.

Yang penting once anda dah pilih mana yang sesuai, usaha betul-betul untuk kuasai dan buat secara konsisten. Sekiranya rasa macam tak kena, tak ada masalah nak tukar ke teknik lain, yang penting cuba dan dalami.

Its a journey and dont rush it. Saya sendiri ber-evolve sejak ceburi saham sebelum settle down dengan teknik sekarang 3 tahun yang lepas.

Dari trader > speculator > deep discount investor > quant investor > growth investor > akhirnya intrinsic value investor.

Saya lebih incline terhadap FA. Makes more sense, lebih intellectually fulfilling for me, peluang untuk tajamkan ilmu bisnes dan kena dengan nature long term saya.

Dan so far alhamdulillah has been rewarding!

Regardless of the technique, ada benda common yang both investor and trader kene continue to work on:

  • Be discipline, tahu bila nak cut loss or sell your investment
  • Tak mudah goyah dengan emosi and psikologi crowd
  • Pandai kawal irrationality diri sendiri
  • Patience
  • Learn, learn, learn!